
(R/1022/4/0019) (MQA/FA 9464)
PENGENALAN
Kursus ini dibentuk untuk menyediakan pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang cekap dengan kemahiran dan kualiti yang selari dengan keperluan semasa serta dapat memastikan kehendak dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan negara dapat direalisasikan.
PROGRAMME LEARNING OUTCOME:
1) Menghurai,mentafsir dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
2) Mengenalpasti dan menjalankan pelbagai peranan dan tanggungjawab sebagai professional keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam mengukur tahap keselamatan dan kesihatan tempat kerja.
3) Menaksir masalah keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang mungkin berlaku di tempat kerja dan komuniti.
4) Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja dan komuniti.
5) Menunjukkan sensitiviti dan tanggungjawab terhadap komuniti, budaya, agama dan persekitaran.
6) Mematuhi prinsip perundangan, etika dan kod amalan professional dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
7) Menunjukkan kemahiran kepimpinan, interpersonal dan sosial.
8) Menunjukkan kemahiran kepimpinan, interpersonal dan sosial.
9) Bekerjasama dengan professional jagaan kesihatan yang lain.
10) Menunjukkan penyelesaian masalah dengan pengiraan klinikal.
11) Melibatkan diri dalam penyelidikan berkaitan dengan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
12) Menunjukkan kemahiran ICT, keusahawanan dan pembelajaran sepanjang hayat dalam praktik.
PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES :
1) Untuk menyediakan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran secara teori dan praktikal dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
2) Untuk menghasilkan graduan yang boleh melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti tanggungjawab sosial dalam masyarakat berdasarkan kemahiran sosial yang dimiliki.
3) Untuk menyediakan graduan yang mampu menyelesaikan masalah bagi menghapuskan, mencegah dan mengawal kecederaan atau penyakit di tempat kerja dengan menggunakan kemahiran saintifik.
4) Menyediakan graduan yang mempunyai kemahiran komunikasi berkesan, professional di tempat kerja engan nilai, sikap dan etika kerja yang tinggi.
5) Untuk melahirkan graduan yang mahir dalam pengurusan, khususnya pengurusan maklumat serta pembelajaran sepanjang hayat.
TEMPOH PENGAJIAN :
3 Tahun
SKIM PENGAJIAN :
Sepenuh Masa
PELUANG KERJAYA:
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM atau setaraf dengan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM dan TIGA KREDIT [3] dalam mata pelajaran berikut:-
ATAU
Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 / Sijil Vakasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan (Nota: HEP perlu menjalankan saringan dan bimbingan khusus berkaitan bidang program untuk pelajar)
ATAU
Sijil (Tahap 3, MQF) dalam bidang berkaitan dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00*
ATAU
LULUS Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (GP 2.0) dalam mana-mana mata pelajaran*
ATAU
LULUS Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya Gred Maqbul*
ATAU
Kelayakan lain yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Syarat Tambahan
LULUS dalam Bahasa Inggeris
DAN
kepujian dalam mata pelajaran Matematik
DAN
SATU Sains (Biologi/ Fizik/ Kimia/ Sains Am) pada peringkat SPM atau kelayakan yang setaraf dengannya