
(09/24) (MQA/FA 12051) (R/0714/4/0011)
PENGENALAN
Program Diploma Teknologi Kejuruteraan (Kimpalan) ini bertujuan menyokong hasrat negara ini menjadi negara industri melalui pewujudan dan pelatihan kejuruteraan kimpalan yang berkemahiran, tabah dan beretika serta berketerampilan keusahawanan teknikal di peringkat dunia.
PROGRAMME LEARNING OUTCOME:
1) Menerapkan pengetahuan matematik, sains dan asas-asas teknologi kejuruteraan kepada prosedur-prosedur dan amalan-amalan yang ditentukan dalam bidang kimpalan .
2) Menganalisis permasalahan kejuruteraan yang ditentukan dalam bidang kimpalan atau bidang pengkhususan tertentu.
3) Merumuskan penyelesaian kepada permasalahan teknikal tertentu berkaitan dengan teknologi kimpalan.
4) Membantu merumuskan teknik-teknik atau proses-proses kimpalan sehingga memenuhi keperluan tertentu yang ditetapkan.
5) Menjalankan kajian terhadap masalah-masalah kimpalan yang tertentu.
6) Menerapkan teknik-teknik yang sesuai, sumber dan alatan kejuruteraan terhadap aktiviti kimpalan tertentu dengan kesedaran tentang had-had yang berkenaan.
7) Menunjukkan kesedaran dan pertimbangan tentang isu-isu masyarakat, keselamatan, kesihatan, perundangan dan kebudayaan serta tanggungjawab mengenainya.
8) Berkomunikasi dengan berkesan dalam komuniti kejuruteraan dan masyarakat umum.
9) Dapat berfungsi dengan berkesan dalam sesebuah pasukan teknikal.
10) Menunjukkan pemahaman tentang etika, tanggungjawab dan norma-norma professional dalam amalan teknologi kejuruteraan.
11) Menunjukkan kesedaran tentang pengurusan, amalan perniagaan dan keusahawanan.
12) Menunjukkan pemahaman tentang impak amalan-amalan kejuruteraan dengan mengambil kira perlunya kelestarian pembangunan.
13) Mengenalpasti keperluan pembangunan professional dan mengamalkan pembelajaran kendiri dan sepanjang hayat.
PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES :
1) Menerapkan pengetahuan matematik, sains, asas-asas teknologi kejuruteraan kepada prosedur-prosedur dan amalan ditentukan dalam bidang kimpalan.
2) Untuk melahirkan juruteknik teknologi kejuruteraan yang memiliki daya kepimpinan berkesan dan semangat berpasukan serta mempunyai kemahiram komunikasi verbal dan bukan verbal serta inter-personal yang menyokong keberadaan mereka di dalam industri.
3) Untuk melahirkan juruteknik teknologi kejuruteraan yang komited kepada pembelajaran sepanjang hayat dan penambahbaikan berterusan.
4) Untuk melahirkan juruteknik teknologi kejuruteraan yang mengamalkan professionalism dengan etika dn tanggungjawab sosial.
5) Untuk melahirkan juruteknik teknologi kimpalan yang mampu memulakan aktiviti keusahawanan dan perniagaan.
TEMPOH PENGAJIAN :
3 Tahun
SKIM PENGAJIAN :
Sepenuh Masa
PELUANG KERJAYA:
SYARAT KEMASUKAN
LULUS Sijil MQF tahap 3 dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau setara;
ATAU
LULUS SPM atau setaraf dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran;
ATAU
LULUS sekurang-kurangnya satu (1) semester program pra-diploma dengan SPM atau setaraf dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kredit dalam mana-mana mata pelajaran;
ATAU
LULUS STPM atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (CGPA 2.00) dalam mana-mana mata pelajaran;
ATAU
LULUS STAM (Gred Maqbul) atau setaraf;
ATAU
APEL A seperti yang ditetapkan oleh MQA;
ATAU
Kelayakan lain yang diiktiraf atau setaraf dengannya.