
(R/0715/4/0033) (MBOT/FA/AT/0/01/0057) (MQA/FA 15258)
Program Diploma Teknologi Kejuruteraan dalam Automotif bertujuan untuk menyokong aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara perindustrian dengan memupuk ahli teknologi automotif yang diiktiraf dan kompeten di peringkat global dengan kemahiran teknopreneurial dan kepimpinan yang cemerlang sambil menyumbang ke arah pertumbuhan industri automotif Malaysia.
1) Mengaplikasi pengetahuan matematik, sains dan asas-asas teknologi kejuruteraan kepada prosedur-prosedur dan amalan-amalan yang ditentukan dalam bidang automotif.
2) Menganalisis permasalahan teknologi kejuruteraan yang ditentukan dalam bidang automotif.
3) Menjalankan kajian terhadap masalah-masalah berkaitan automotif.
4) Komunikasi secara berkesan dalam kalangan komuniti automotif dan umum.
5) Menunjukkan kesedaran, pertimbangan mengenai isu-isu masyarakat dan tanggungjawab sosial di kalangan komuniti automotif dan umum bersesuaian dengan amalan teknologi automotif.
6) Mengiktiraf keperluan pembangunan professional berkaitan teknologi automotif dan mengamalkan pembelajaran kendiri sepanjang hayat.
7) Memupuk kesedaran tentang pengurusan,amalan perniagaan dan keusahawanan.
8) Menunjukkan pemahaman tentang etika dan professionalism, tanggungjawab dan norma dalam amalan teknologi automotif.
9) Boleh berfungsi dengan berkesan dalam sesebuah pasukan teknikal.
1) Untuk melahirkan juruteknik kejuruteraan yang berpengetahuan, kompeten dan berinovasi yang mampu memberi sumbangan ke arah pewujudan modal insan bagi industri berkaitan automotif.
2) Untuk melahirkan juruteknik teknologi kejuruteraan yang memiliki daya kepimpinan berkesan dan bersemangat berpasukan serta mempunyai kemahiran komunikasi verbal dan bukan verbal serta inter-personal yang menyokong keberadaan mereka di dalam industri automotif.
3) Untuk melahirkan juruteknik teknologi kejuruteraan automotif yang komited kepada pembelajaran sepanjang hayat dan penambahbaikan berterusan dalam meningkatkan tahap kerjaya.
4) Untuk melahirkan juruteknik teknologi kejuruteraan automotif yang mengamalkan profesionalism dengan etika dalam organisasi dan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.
5) Untuk melahirkan juruteknik teknologi kejuruteraan yang mampu menjadi usahawan dalam bidang automotif.
3 tahun
Sepenuh masa
LULUS Sijil MQF tahap 3 dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau SETARA;
ATAU
LULUS SPM atau setaraf dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kredit dalam mana-mana mata pelajaran;
ATAU
LULUS sekurang-kurangnya satu (1) semester program pra-diploma dengan SPM atau setaraf dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kredit dalam mana-mana mata pelajaran;
ATAU
LULUS STPM atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (CGPA 2.00) dalam mana-mana mata pelajaran;
ATAU
LULUS STAM (Gred Maqbul) atau setaraf;
ATAU
APEL A seperti yang ditetapkan oleh MQA;
ATAU
Kelayakan lain yang diiktiraf atau setaraf dengannya.