
(N/1015/4/0003) (10/27) (MQA/PA 15934)
Program Diploma Pelancongan Haji dan Umrah ini bertujuan menyokong hasrat negara menjadi negara industri melalui pewujudan dan pelatihan yang berkemahiran, perkhidmatan berteknologi, sumber manusia yang tabah dan beretika serta berketerampilan keusahawanan teknikal dan khidmat di peringkat dunia.
PROGRAMME LEARNING OUTCOME:
1) mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pelancongan Islam dan haji umrah.
2) Menganalisis permasalahan yang berkaitan dalam bidang pelancongan.
3) Mempamerkan kemahiran praktikal dalam bidang pelancongan Islam, haji dan Umrah.
4) Mengamalkan kemahiran interpersonal yang berkesan dalam perkhidmatan, persekitaran kerja dan masyarakat.
5) Mempraktikkan komunikasi berkesan menerusi perkhidmatan dalam organisasi dan masyarakat.
6) Mengaplikasikan kemahiran digital dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan
7) Menunjukkan kemahiran numerasi dalam menganalisa fakta semasa bidang pelancongan Islam haji dan Umrah.
8) Menunjukkan kemahiran kepimpinan dan tanggungjawab sosial dalam mengurus organisasi dan masyarakat.
9) Mempamerkan kemahiran personal dan penerokaan pembelajaran sepanjang hayat dalam bidang pelancongan Islam haji dan umrah.
10) Menunjukkan kewibawaan tentang pembangunan kerjaya dan keusahawanan
11) Mempamerkan etika dan profesionalisme dalam pelaksanaan perkhidmatan
PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES :
1) Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran praktikal secara kompeten dalam bidang pelancongan Islam dan pengajian Islam haji dan umrah.
2) Mempraktikkan kemahiran komunikasi, interpersonal dan kepimpinan menerusi perkhidmatan dalam organisasi dan masyarakat.
3) Mempamerkan kemahiran personal, keusahawanan, etika dan profesionalisme serta meneroka keperluan pembelajaran sepanjang hayat dalam kerjaya.
4) Mengintegrasi kemahiran digital dan numerasi bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.
TEMPOH PENGAJIAN :
2.5 tahun
SKIM PENGAJIAN :
Sepenuh Masa
PELUANG KERJAYA:
SYARAT KEMASUKAN
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kredit dalam mana-mana mata pelajaran;
ATAU
LULUS dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan minimum gred C (GP 2.0) dalam mana-mana mata pelajaran;
ATAU
LULUS Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya gred Maqbul;
ATAU
LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang bersesuaian tertakluk kepada kelulusan Senat / Lembaga Akademik.
* Nota: PPT perlu melakukan saringan dan bimbingan khusus berkaitan bidang program kepada pelajar
ATAU
Sijil (Tahap 3 Malaysian Qualifications Framework, MQF) dalam bidang yang berkaitan;
ATAU
Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
* Pelajar antarabangsa dikehendaki mencapai skor minimum 4.0 dalam International English Language Testing System (IELTS) / Malaysian University English Test (MUET) dengan Band 2 ATAU yang setaraf dengannya.