Tawaran permohonan cadangan penyewaan dan pembangunan tanah milik Tesdec. Untuk maklumat lanjut sila klik .

DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AUTOMOTIF

(R/0715/4/0033) (MBOT/FA/AT/0/01/0057) (MQA/FA15258)

Pengenalan

Kursus ini dibentuk untuk melahirkan juruteknik berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi automotif yang memenuhi keperluan dalam industri yang dinamik. Program ini menggabungkan asas-asas latihan mekanikal disamping penggunaan pelbagai teknologi terkini dalam diagnosis automotif, pembaikan, dan penyelengaraan yang diperlukan selaras dengan keperluan pelbagai jenis kereta moden masa kini. Kemudahan bengkel teknikal yang disediakan membolehkan pelajar mempraktikkan kemahiran dan teori pembelajaran dalam situasi sebenar.

Programme Learning Outcome

1) Menerapkan pengetahuan matematik, sains dan asas – asas teknologi kejuruteraan kepada prosedur – prosedur dan amalan yang ditentukan dalam bidang automotif

2) Menganalisis permasalahan kejuruteraan yang ditentukan dalam bidang automotif

3) Merumuskan penyelesaian kepada permasalahan teknikal tertentu berkaitan dengan teknologi automotif

4) Membantu merumuskan teknik- teknik automotif, komponen atau proses – proses hingga memenuhi keperuan yang ditetapkan

5) Menjalankan selidikan terhadap masalah – masalah automotif tertentu

6) Menerapkan teknik – teknik yang sesuai, sumber dan alatan kejuruteraan terhadap aktiviti tertentu automotif dan dengan kesedaran had – had teknik, sumber dan alatan berkenaan.

7) Menunjukkan kesedaran dan pertimbangan tentang isu-isu masyarakat, kesihatan, keselamatan, perundang-undangan serta tanggungjawab mengenainya.

8) Berkomunikasi dengan berkesan dengan komuniti kejuruteraan dan masyarakat umum.

9) Dapat berfungsi dengan berkesan di dalam sesebuah pasukan teknikal.

10) Menunjukkan pemahaman etika, tanggungjawab dan norma – norma professional dalam amalan teknologi kejuruteraan.

11) Menunjukkan kesedaran tentang pengurusan, amalan perniagaan dan keusahawanan.

12) Menunjukkan pemahaman tentang impak amalan – amalan kejuruteraan dengan mengambil kira perlunya kelestarian pembangunan.

13) Mengenal keperluan pembangunan professional dan mengamalkan pembelajaran kendiri dan sepanjang hayat.

Objektif Program

1) Untuk Melahirkan juruteknik Kejuruteraan yang berpengetuan, kompeten dan berinovasi yang mampu memberi sumbangan ke arahpewujudan modal insan bagi industri berkaitan automotif.

2) Untuk melahirkan juruteknik kejuruteraan yang memiliki daya kepimpinan berkesan dan bersemangat berpasukan serta mempunyai kemahiran komunikasi verbal dan bukan verbal serta inter-personal yang menyokong keberadaan mereka di dalam industri.

3) Untuk melahirkan juruteknik kejuruteraan yang komited kepada pembelajaran sepanjang hayat dan penambahbaikan berterusan.

4) Untuk melahirkan juruteknik kejuruteraan yang mengamalkan profesionalisme dengan etika dan tanggungjawab sosial.

5) Untuk melahirkan juruteknik kejuruteraan yang mampu memulakan aktiviti keusahwanan dan perniagaan.

Syarat Kemasukan

LULUS Sijil MQF tahap 3 dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau SETARA;

ATAU

LULUS SPM atau setaraf dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kredit dalam mana-mana mata pelajaran;

ATAU

LULUS sekurang-kurangnya satu (1) semester program pra-diploma dengan SPM atau setaraf dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kredit dalam mana-mana mata pelajaran;

ATAU

LULUS STPM atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (CGPA 2.00) dalam mana-mana mata pelajaran;

ATAU

LULUS STAM (Gred Maqbul) atau setaraf;

ATAU

APEL A seperti yang ditetapkan oleh MQA;

ATAU
Kelayakan lain yang diiktiraf atau setaraf dengannya.