
(R2/010/3/0366) (11/25) (A 11761)
PENGENALAN
PROGRAMME LEARNING OUTCOME:
1) Bekerja sebagai personel sokongan di dalam kerjaya berkaitan saintifik seperti pembantu klinikal, pembantu makmal, dan seumpamanya.
2) Memiliki pengetahuan dan kemahiran yang cukup di dalam bidang asas saintifik yang melayakkannya melanjutkan pelajaran dalam peringkat diploma atau lebih tinggi.
3) Memiliki kebolehan atau kemahiran untuk mengenalpasti kompetensi peribadi ke arah perkembangan kerjaya mereka.
4) Memiliki kebolehan komunikasi dan kebolehan mengaplikasi pengetahuan mereka dalam bidang yang dipelajari.
5) Memiliki pemikiran kreatif dan mengamalkan nilai-nilai murni.
PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES :
1) Untuk melatih dan mngeluarkan pelajar-pelajar yang berpengetahuan dalam bidang asas sains dan teknologi.
2) Untuk menyediakan pengetahuan dan kemahiran asas saintifik yang lengkap dan menyeluruh bagi membolehkan lepasan melanjutkan pelajaran atau menceburi alam pekerjaan.
3) Untuk mengeluarkan pelajar yang memiliki kompetensi insaniah bagi meningkatkan daya saing mereka.
TEMPOH PENGAJIAN :
15 Bulan
SKIM PENGAJIAN :
Sepenuh Masa
SYARAT KEMASUKAN:
LULUS SPM/SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya dua (2) kredit dalam mana-mana matapelajaran dan lulus mata pelajaran Matematik atau Sains
ATAU
kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia